Home Berita PAS Wilayah

Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Wilayah Persekutuan 2025 Meriah di Wangsa Maju Pengunjung Raikan Perpaduan dalam Suasana Harmoni

35
SHARE

WANGSA MAJU, 4 MEI 2025 – PAS Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 dengan penuh kemeriahan di Wangsa Maju semalam, menyaksikan kehadiran lebih 4,000 pengunjung dari pelbagai latar belakang kaum, agama dan fahaman politik.

Acara tahunan ini telah dihoskan oleh PAS Kawasan Wangsa Maju dan diberi kepercayaan menjadi tuan rumah. Penganjuran yang tersusun dan sambutan luar biasa daripada masyarakat membuktikan bahawa semangat kebersamaan dan ukhwah masih kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat, antaranya:
• YB Datuk Dr Radzi Jidin, Ahli Parlimen Putrajaya
• Ustaz Zhar Yahya, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
• Datuk Ng How Doo, Pengerusi MCA Wangsa Maju
• Wakil Ahli Parlimen Wangsa Maju
• Wakil-wakil Persatuan Penduduk dan NGO setempat

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform meraikan Hari Raya Aidilfitri, malah turut berperanan sebagai medan merapatkan hubungan antara masyarakat, merentas sempadan politik dan perbezaan.

PAS Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jentera dan ahli PAS Wangsa Maju yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dengan penuh komitmen dan semangat kerja berpasukan.

Program yang berlangsung meriah ini turut disajikan dengan pelbagai juadah tradisional, persembahan santai serta ruang santai interaksi mesra antara pemimpin dan rakyat, mewujudkan suasana kekeluargaan yang harmoni.