Home Berita PAS Terengganu

147 Individu Terima Pingat Sempena Keputeraan Sultan Terengganu Ke- 63

13
SHARE

KUALA TERENGGANU – Seramai 147 individu dikurniakan pingat dalam Istiadat Pengurniaan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke-63.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat mengurniakan pingat pada upacara di Balairong Seri, Istana Syarqiyyah, di sini, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail serta paduka-paduka anakanda iaitu Tengku Puteri Utama Raja, Tengku Sri Setia Mahkota Raja dan Tengku Puteri Daulath Raja.

Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.

Seramai enam individu dikurniakan Pingat Jasa Cemerlang (P.J.C) dan 128 individu menerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.).

Sementara Bintang Lama Berjawatan (B.L.B) dikurniakan kepada seorang penerima dan 12 individu pula menerima Pingat Lama Berjawatan (P.L.B).