Home Berita PAS Sabah

19 Anugerah Penghargaan Semarakkan Mesyuarat Agung Muslimat PAS Kinabatangan

11
SHARE

Oleh: Fatiha Mohamad
02 Mei 2025

Kinabatangan: Seramai 19 individu dan lajnah telah menerima anugerah sempena Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan sebagai penghargaan atas komitmen dan sumbangan mereka sepanjang tahun.

Anugerah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Abd Aziz Baitul Makmur dalam satu majlis perasmian yang berlangsung dalam suasana penuh semangat dan ukhuwah. Penganugerahan ini bertujuan mengiktiraf usaha serta mendorong ahli terus berbakti kepada perjuangan.

Siti Noraslinda Mohamad dan Siti Aisah Mohd Shah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Muslimat Muda, manakala Anugerah Tokoh Saidatina Aisyah diberikan kepada Nur Shahirah Salasain atas sumbangan dalam tarbiah dan keilmuan.

Yuliana Usman dan Noor Ashikin Abdul Suhud menerima Anugerah Nadi Harap atas peranan mereka dalam menjayakan program jemaah, sementara Azizah Innah diberi Anugerah Istiqamah atas ketekalannya dalam gerak kerja parti.

Biro Tarbiah & Perkaderan, Biro Penerangan & Media Baharu, serta Biro Politik & Pilihanraya turut menerima pengiktirafan sebagai lajnah terbaik atas kecemerlangan sepanjang sesi.

Penganugerahan ini mencerminkan penghargaan Dewan Muslimat terhadap seluruh tenaga penggerak serta usaha berterusan memperkukuh peranan muslimat di peringkat akar umbi.

SHARE
Previous articleMuslimat teguh pertahankan Islam