Home Berita PAS Terengganu

Gabungan doktor sokong Terengganu larang jual vape

6
SHARE

KUALA TERENGGANU – Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan Terengganu menyambut baik keputusan kerajaan negeri untuk melarang penjualan vape di semua premis perniagaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula 1 Ogos 2025.

PAPISMA menegaskan bahawa langkah kontroversial tersebut amat penting bagi menyemai budaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Terengganu.

Pengerusi PAPISMA, Dr. Hazizul Helmy Hamad@Ahmad berkata, langkah ini disifatkan sebagai tindakan berani dan selari dengan Kempen Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR).

“Sebagai sebuah pertubuhan profesional yang menghimpunkan para pengamal perubatan muslim, PAPISMA percaya bahawa kesihatan awam adalah tanggungjawab bersama.

“PAPISMA mengajak semua pihak termasuk komuniti kesihatan, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan rakyat negeri Terengganu untuk bersama-sama menyokong dasar ini dan memperkuatkan lagi pelaksanaan TBAR, demi mencapai matlamat Terengganu Sihat, Terengganu Sejahtera.

“Menjadikan tempat awam dan kawasan komuniti bebas asap rokok dan vape dan usaha mengawal penjualan vape merupakan tindakan tepat dalam melindungi generasi muda daripada ketagihan nikotin dan risiko penyakit kronik,” katanya dalam satu kenyataan melalui hantaran laman sosial media rasmi PAPISMA.

Tambahnya, PAPISMA juga menyokong sepenuhnya enam keputusan utama kerajaan negeri, seperti pengekalan dasar lesen perniagaan yang tidak meluluskan aktiviti penjualan vape, pemerkasaan syarat lesen dan penguatkuasaan terhadap premis tidak berlesen, serta penolakan tajaan dan iklan dari syarikat pengeluar produk vape dalam sebarang program kerajaan.

Beliau turut menyokong penuh sokongan kebajikan kepada pengusaha dan pekerja kedai vape menerusi latihan keusahawanan serta penawaran alternatif bisnes yang lebih selamat bagi memastikan tiada golongan terjejas secara langsung akibat larangan tersebut.

Pemberian tempoh peralihan selama tiga bulan sebelum penguatkuasaan penuh turut dipuji kerana memberi ruang kepada semua pihak untuk menyesuaikan diri dan memastikan pematuhan menyeluruh.

Dr. Hazizul Helmy Hamad@Ahmad