Home Berita PAS Terengganu

Pemulihan Mampan Tasik Kenyir Perlu Strategi Jangka Panjang dan Menyeluruh

7
SHARE

Tasik Kenyir memerlukan pendekatan pemulihan yang lebih mampan dan bersifat jangka panjang bagi memastikan daya tarikan destinasi pelancongan ikonik negeri Terengganu ini terus relevan dan berdaya saing di peringkat nasional serta antarabangsa.

Walaupun tahun lalu menyaksikan peningkatan ketara kedatangan pelancong sebanyak 82 peratus berbanding sebelumnya, angka itu hanya permulaan kepada usaha lebih besar yang perlu dirancang secara strategik.

Statistik yang dikeluarkan, seramai 396,715 pelancong direkodkan mengunjungi Tasik Kenyir sepanjang tahun 2024, berbanding hanya 218,157 pelancong pada tahun 2023.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/rehlah%20pemuda%20batu%20enam%20kenyir.jpg

Angka ini menandakan pemulihan signifikan selepas lima tahun berturut-turut mencatatkan penurunan, bermula dari kemuncak 775,979 pelancong pada tahun 2018.

Bagaimanapun, kebangkitan semula Tasik Kenyir mula terlihat apabila kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memulihkan sektor ini.

Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah mengambil langkah proaktif untuk merancakkan lagi kehadiran pelancong ke Tasik Kenyir melalui program Pemasyhuran Kenyir Geopark yang dijangka berlangsung pada 29 Mei – 1 Jun 2025.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan lebih lanjut keunikan geologi dan biodiversiti Tasik Kenyir sebagai salah satu kawasan geopark yang berpotensi diiktiraf oleh UNESCO.

Selain iłu, sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kemudahan pelancongan, hotel di Pulau Poh dijangka akan mula beroperasi pada bulan Julai 2025, yang akan menyediakan lebih banyak pilihan penginapan bagi para pelancong.

Langkah-langkah ini diharap dapat meningkatkan daya tarikan Tasik Kenyir dan menarik lebih ramai pelancong, seterusnya memberi impak positif kepada ekonomi setempat.