Satu memorandum rasmi telah diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi ManusiaMalaysia (SUHAKAM) hari ini berkenaan pengawasan melampau terhadapYABMenteri Besar Terengganu yang dipercayai berunsur intimidasi politik danpenyalahgunaan kuasa yang serius menceroboh hak asasi manusia.
Memorandum ini menyatakan bantahan terbuka dan kebimbangan yang mendalamterhadap tindakan pengawasan secara berlebihan dan tidak berasas yang
dikenakan ke atas YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.
Tindakan pengawasan ini — yang difahamkan dilaksanakan melalui mekanismeTravel Control Order (TCO) secara senyap — bukan sahaja berunsur intimidasi politik, malah melanggar hak asasi manusia yang dijamin oleh PerlembagaanPersekutuan, khususnya di bawah Perkara 9(2) yang menjamin kebebasan bergerak
Selain itu, terdapat juga dakwaan bahawa komunikasi peribadi YAB Menteri Besar turut dipantau secara tidak sah, sekali gus mencabuli hak privasi beliau. Kami menganggap hal ini sebagai satu bentuk penyalahgunaan kuasa oleh pihaktertentu dalam kerajaan Persekutuan yang dipercayai menggunakan jentera negarauntuk menekan tokoh politik yang mempunyai pendirian berbeza.
Tindakan seperti ini adalah berbahaya kepada amalan demokrasi dan mencipta iklimketakutan sertatekanan ke atas mana-mana pemimpin yang memperjuangkan idealisme politiksecara berprinsip. Kami merakamkan solidariti penuh terhadap YAB Menteri Besar yang terusberkhidmat secara berani, profesional dan berintegriti untuk rakyat TerengganudanMalaysia walaupun berdepan pelbagai bentuk tekanan yang tidak wajar.
Insiden ini menzahirkan keperluan mendesak untuk reformasi menyeluruh terhadapinstitusi-institusi penguatkuasaan dan pengawasan di negara ini. Tiada mana-manapihak seharusnya menggunakan instrumen kerajaan untuk tujuan politik atau intimidasi.
Sehubungan itu, kami menyeru Kerajaan Malaysia, SUHAKAM dan seluruh rakyat yang prihatin agar memperkukuh sistem akauntabiliti, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam semua tindakan agensi keselamatan. Malaysia hanya akan maju apabila prinsip keadilan, kebebasan dan integriti institusi dijadikan asas pentadbiran — bukan apabila kuasa digunakan untuk membungkam, suara yang sah dalam demokrasi.
Kita tidak menuntut layanan istimewa, kitamenuntut keadilan yang sewajarnya. Sudah tiba masanya untuk menghentikanpenyalahgunaan kuasa dan memperbetul arah tuju negara. Malaysia berhakmendapat sebuah pentadbiran yang adil, beretika dan berjiwa rakyat. Malaysiadeserves better — dan rakyat tidak akan berhenti menuntutnya.
Yang benar,
Datuk Dr. Hajjah Kamilia binti Ibrahim (Peguam)
Tuan Haji Mohd Soud bin Said@Mat Ali (Setiausaha Politik)
21 April 2025 | Kuala Lumpur