Home Berita PAS Pahang

Jangan keras, jangan terlajak – Politik Islam mesti berakhlak

55
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA 21 Apr –”Jangan keras sangat, jangan terlajak, akhirnya kita juga yang akan menanggung malu, ibarat menjilat ludah sendiri,” ujar Ahli Parlimen Jerantut, YB Ir Ts Khairil Nizam Khiruddin.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-21 Dewan Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota yang berlangsung di Baluk di sini kelmarin.

Beliau menegaskan bahawa politik Islam tidak seharusnya dipenuhi dengan emosi atau kekerasan yang tidak terkawal, kerana ia boleh membawa kepada kerugian moral dan perpecahan dalam perjuangan.

Menurut Khairil Nizam, prinsip akhlak dalam politik Islam sangat penting, dengan hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia perlu dijaga dengan penuh berhati-hati.

Beliau turut menekankan bahawa perjuangan dalam PAS memerlukan tiga kualiti utama iaitu keikhlasan, kesungguhan, dan perpaduan.

“Keikhlasan dalam bertindak dan berjuang hanya untuk Allah, kesungguhan dalam setiap usaha yang dilakukan demi agama, dan perpaduan dalam membentuk sebuah pasukan yang kukuh, tanpa mengira siapa pemimpin yang memimpin,” ujar beliau.

Majlis tersebut diserikan dengan penyampaian anugerah kepada individu dan jentera muslimat yang menunjukkan dedikasi  dalam gerak kerja jemaah di peringkat kawasan.

Penerima Anugerah Serikandi Wan Haniza Wan Mohd, Anugerah Asma’ Abu Bakar Rozie Hawa Demirin, Anugerah Hawariyyun Cawangan Balok Pantai, Anugerah Ketua Muslimat Diyana Sofea, empat Anugerah MS Istiqamah Norhaniza Ali, Noraini Rafar, Siti Khairiah Abdul Aziz, Norsiah Hashim, manakala Anugerah Peserta Teramai kepada muslimat Chengal Lempong.