Home Berita PAS Terengganu

PAS ucap takziah atas kepulangan Tun Abdullah

16
SHARE

PAS menerima berita kepulangan Perdana Menteri ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi ke Rahmatullah di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi dengan
rasa sedih yang mendalam.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan keampunanNya ke atas roh Allahyarham serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang
beriman dan beramal soleh.

PAS juga mengucapkan takziah kepada sanak-saudara dan keluarga Allahyarham, selain mendoakan agar mereka tabah dan sabar pada waktu-waktu
suram seperti ini.

Allahyarham akan kekal dalam catatan sejarah negara dan memori rakyat sebagai pemimpin yang berwibawa, jujur, budiman, berjasa dan dihormati oleh semua.

Al-Fatihah.
Terima kasih.

TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 14 APRIL 2025.