Home Berita PAS Sabah

PAS Semporna agih 50 pek sumbangan Ramadan kepada asnaf

55
SHARE

Oleh: Asrinah Datu Robinson
27 Mac 2025

SEMPORNA: PAS Semporna memberikan kegembiraan dengan mengagihkan pek sumbangan kepada 50 orang asnaf Kampung Tonggulangan, di sini, baru-baru ini.

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung tersebut, Kamlun Tanjung mengucapkan terima kasih banyak kepada PAS kawasan kerana sering bertandang ke kampung dengan memberikan sumbangan dan berbuka puasa bersama.

Turut diadakan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Semporna, Abdul Jalal Ujoh.

Menurutnya, kita perlu memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadan dengan mencari malam lailatulqadar yang dijanjikan Allah serta perbanyakan amalan dan bersungguh-sungguh memohon pengampunan Allah.

Turut hadir Ketua Biro Kebajikan dan Keprihatinan PAS Semporna, Razis Asparin, Ketua Pemuda PAS kawasan, Muhammad Huzaini, serta beberapa orang ahli jawatankuasa kampung.