Oleh: Fasihah Mohamad
25 Mac 2025
Kinabatangan: Program anjuran PAS Kawasan Kinabatangan ini mengedarkan sebanyak 470 pek manisan Lamag kepada penduduk sekitar Lamag sebagai tanda keprihatinan dan usaha menyantuni masyarakat setempat.
“Program seperti ini bukan sekadar memberi juadah, tetapi juga memperkukuh jalinan ukhuwah antara pemimpin dan masyarakat setempat.
“Ini merupakan minggu ketiga edaran juadah berbuka puasa yang dijalankan oleh PAS Kinabatangan sepanjang bulan Ramadan,” kata Ketua Pemuda PAS Kawasan Kinabatangan, Jumaidin Lakalla, ketika ditemui di sini, kelmarin.
Tambah Jumaidin lagi, program ini mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat dan menghargai inisiatif PAS Kawasan Kinabatangan dalam mendekati masyarakat melalui aktiviti kebajikan.
Menurut salah seorang penerima, program seperti ini amat bermakna kerana menunjukkan keprihatinan pemimpin terhadap rakyat.
Edaran Manisan Lamag ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PAS Kinabatangan dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan, khususnya dalam bulan Ramadan yang berkah ini.