Home Berita PAS Terengganu

Cuti raya tambahan : Dr. Sam umum minggu depan

14
SHARE

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan, sebarang keputusan tentang cuti tambahan Aidilfitri akan dimaklumkan kemudian.

Ketika ditanya pemberita hari ini, beliau berkata bahawa keputusan tentang hari cuti tambahan telah dipertimbangkan dan akan dibawa kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk mendapat perkenan.

“Saya akan menghadap ke bawah Duli Tuanku untuk jawapan, dalam waktu terdekat ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis penyampaian Insentif kemenagan Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan Para SUKMA Sarawak 2024 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang itu turut ditanya tentang pemberian dana raya.

“Itupun kita akan maklumkan kemudian, kita akan cuba dan berusaha.

“Sama ada dapat atau tidak itu saya rasa semua sedia maklum, kewangan kerajaan negeri dipegang oleh Putrajaya jadi kita kena mohon dahulu kerana duit kita di sana. Sekiranya sampai dahulu, baru kita akan beri,” katanya.

Pada majlis berkenaan, sebanyak RM1.082 juta disampaikan kepada 271 atlet yang berjaya meraih pingat emas, perak dan gangsa dalam temasya sukan berkenaan.