Home Berita PAS Terengganu

‘Sekelip mata ia hilang’

34
SHARE

DUNGUN – Pemilik Derak Cafe, Wan Akmall Izzat Wan Ahmad Kamal mengakui masih terkejut dengan kejadian hiba yang menimpanya pagi semalam apabila kedai yang menjadi punca rezeki utamanya, musnah dijilat api dalam sekelip mata menyebabkan segala-galanya musnah akibat kebakaran yang berlaku pada awal pagi tersebut.

Wan Akmall Izzat memaklumkan, dianggarkan kerugian yang dialaminya berjumlah sekitar RM 130,000. Kerugian tersebut merangkumi harta benda kedai yang musnah serta sebahagian daripada rumahnya yang turut terbakar dalam insiden itu.

Kejadian ini tentunya meninggalkan kesan yang mendalam, bukan sahaja kerana kerugian material, tetapi juga kerana ia melibatkan sumber pendapatan utama keluarganya.

Kunjungan Mohd Fadhli Rahmi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang untuk melihat keadaan kedai selepas kejadian tersebut, menyatakan bahawa beliau akan berusaha sedaya upaya untuk membantu pemilik kedai yang terjejas.

“Bantuan dari segi kewangan dan sokongan akan diusahakan agar meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dan keluarganya,” katanya yang turut menzahirkan simpati dengan nasihat agar terus bersabar serta tabah menghadapi ujian yang diberikan.