Home Berita PAS Terengganu

π——π—˜π—¦π—”π—žπ—”π—‘ π—§π—˜π—₯𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 π—žπ—žπ—  π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π—¦π—˜π—šπ—˜π—₯𝗔 π— π—˜π—‘π—¬π—˜π—Ÿπ—˜π—¦π—”π—œπ—žπ—”π—‘ π—œπ—¦π—¨ π—˜π—£π—Ÿπ—”π—–π—˜π— π—˜π—‘π—§ π—¬π—”π—‘π—š π— π—˜π— π—•π—˜π—Ÿπ—˜π—‘π—šπ—šπ—¨ π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ π—£π—˜π—₯𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑

89
SHARE

Lajnah Kesihatan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu melahirkan rasa kecewa dan prihatin terhadap nasib lebih 2,000 pegawai perubatan yang terjejas akibat kecelaruan dan kelemahan sistem e-placement yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Situasi ini bukan sahaja menjejaskan kebajikan dan emosi para doktor muda, tetapi juga memberi kesan besar terhadap sistem kesihatan negara secara keseluruhannya.

Menurut laporan terkini, pegawai perubatan yang telah melalui proses e-placement pada 27 Februari lalu terpaksa berdepan dengan penangguhan berulang kali tanpa sebarang alasan yang jelas. Mereka menerima e-mel rasmi daripada pihak KKM pada jam 11:45 malam, hanya beberapa jam sebelum tarikh penempatan baharu yang dijadualkan pada 17 Mac, sekali lagi menangguhkan proses tersebut ke 25-27 Mac .

Lajnah Kesihatan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berpandangan bahawa ketidakcekapan KKM dalam menangani isu ini adalah satu bentuk kezaliman kepada pegawai perubatan yang telah bertungkus-lumus berkhidmat untuk negara. Pegawai perubatan yang terlibat bukan sahaja terpaksa menanggung tekanan emosi akibat ketidaktentuan ini, malah mengalami gangguan terhadap kehidupan peribadi mereka. Antara kesan langsung daripada masalah ini termasuk:

1. Ketidaktentuan dalam jadual kerja – Pegawai perubatan yang sedang bertugas mengalami kesulitan dalam merancang on-call dan cuti mereka akibat perubahan mendadak dalam e-placement.

2. Tekanan emosi dan mental – Penangguhan berulang kali menyebabkan ramai pegawai perubatan mengalami keletihan mental, yang boleh membawa kepada burnout dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kadar peletakan jawatan.

3. Implikasi kepada sistem kesihatan negara – Jika masalah ini tidak diselesaikan segera, lebih ramai doktor akan memilih untuk meninggalkan sektor perkhidmatan awam, sekali gus memburukkan lagi krisis kekurangan doktor di hospital-hospital kerajaan .

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dengan tegas mendesak KKM untuk segera menyelesaikan isu ini dengan mengambil langkah-langkah berikut:

1. Menjalankan sesi libat urus dengan pegawai perubatan terlibat – KKM perlu segera mengadakan pertemuan dengan wakil doktor yang terjejas bagi menjelaskan situasi sebenar dan mencari penyelesaian bersama.

2. Menamatkan penangguhan dan mengekalkan penempatan asal – Kami mendesak agar KKM tidak lagi menangguhkan proses e-placement dan mengekalkan keputusan penempatan yang telah dibuat pada 27 Februari 2025.

3. Memperbaiki sistem e-placement yang lebih telus dan berstruktur – Sistem sedia ada jelas mempunyai kelemahan ketara. Kami menggesa KKM agar menambah baik sistem ini dengan lebih profesional bagi mengelakkan perkara yang sama berulang di masa hadapan.

Sebagai sebuah gerakan yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan pegawai perubatan, Pemuda PAS Negeri Terengganu akan terus memperjuangkan hak dan keadilan bagi mereka. Kegagalan menangani isu ini dengan segera bukan sahaja merugikan doktor muda yang sedang berkhidmat, tetapi juga boleh membawa kesan buruk kepada rakyat Malaysia yang bergantung kepada sistem kesihatan awam.
Kami berharap KKM tidak terus membisu dalam isu ini dan mengambil tindakan segera demi kelangsungan sistem kesihatan negara.

π˜Ώπ™§. π™π™šπ™£π™œπ™ π™ͺ π™ˆπ™ͺ𝙝𝙖𝙒𝙒𝙖𝙙 𝙁𝙖𝙠𝙝𝙧π™ͺπ™™π™™π™žπ™£
π˜’π˜¦π˜΅π˜Άπ˜’ π˜“π˜’π˜«π˜―π˜’π˜© π˜’π˜¦π˜΄π˜ͺ𝘩𝘒𝘡𝘒𝘯 π˜‹π˜—π˜—π˜•π˜›
π˜ˆπ˜‹π˜œπ˜• 𝘚𝘢𝘳𝘒