Home Berita PAS Terengganu

Ops Supik Hitam: Dua kedai dikompaun RM2,500

13
SHARE

KUALA TERENGGANU – Dua buah kedai di daerah ini dikompaun keseluruhan RM2,500 dalam operasi bersepadu Ops Supik Hitam yang dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan kerjasama Pusat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah Negeri Terengganu, Aizi Saidi Abd Aziz berkata, operasi berkenaan dijalankan bermula pukul 10.30 pagi hingga 1.30 petang di premis makanan sekitar bandar raya ini.

“Kita nasihatkan semua umat Islam untuk sentiasa menjaga kesucian bulan Ramadan dengan tidak sesekali terjebak dengan mana-mana kesalahan jenayah syariah,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta para peniaga mematuhi waktu operasi premis sebagaimana arahan yang telah dikeluarkan MBKT.

“JHEAT dengan kerjasama agensi berkaitan dari semasa ke semasa akan membuat pemantauan dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap individu yang terlibat dengan kesalahan ini,” ujarnya.