Home Berita PAS Terengganu

‘My Safe Road’ usaha kurangkan kadar kemalangan kalangan belia

7
SHARE

KUALA TERENGGANU, 12 Mac – Kerajaan Terengganu telah mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai ‘My Safe Road Terengganu’ dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan(NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, apa yang merisaukan adalah golongan belia mencatatkan angka tertinggi dalam kemalangan jalan raya di Terengganu yang kebiasaannya merupakan pengguna motosikal.

“Insya-Allah, pihak Kerajaan Negeri amat berbesar hati atas usaha kerjasama ini dan akan membuka ruang buat pihak JPJ terlibat sama dalam aktiviti melibatkan belia.

“Dalam usaha memberikan kesedaran semasa (ketika) berada di jalan raya,” ujarnya melalui satu kenyataan, di sini, semalam.

Dalam pada itu beliau merakamkan penghargaan terima kasih kepada Pengarah JPJ negeri Terengganu bersama delegasi pihak terbabit yang telah mengadakan kunjungan hormat  di Wisma Darul Iman, bagi membincangkan usaha mengurangkan kemalangan di negeri Terengganu.