Home Berita PAS Sabah

Misi Ramadan, Santuni Warga Kg Sri Tanjung dengan Edaran Berobok

37
SHARE

Oleh: Nurfatiha Mohamad
14 Mac 2025

KINABATANGAN: Dalam usaha menyemai nilai kebersamaan dan keprihatinan, PAS Kinabatangan turun padang mengedarkan berobok dari rumah ke rumah di Kampung Sri Tanjung dan PPMS.

Lebih daripada sekadar menyampaikan juadah berbuka, edaran ini menjadi ruang untuk mendekati masyarakat, mendengar keluh kesah dan mengeratkan silaturahim.

Program ini diketuai oleh Jumaidin Lakalla, Ketua Pemuda PAS Kinabatangan bersama Dewan Ulama Negeri Terengganu dan ahli jawatankuasa PAS Kawasan Kinabatangan.

“Kami datang bukan sekadar memberi makanan, tetapi membawa rasa kebersamaan dalam bulan yang mulia ini,” kata Jumaidin.

Wajah-wajah yang penuh syukur, tangan-tangan yang menyambut dengan penuh harapan itulah hadiah sebenar dalam misi ramadan kali ini.

“Terpancar senyuman syukur warga Lamag saat menerima juadah yang dihulurkan”, Ujar Shahirah Salasain, Ikon Muslimat Muda Kinabatangan ketika ditemui selepas agihan berobok petang tadi.

Bukan sahaja di Kg Sri Tanjung, juadah berbuka puasa ini turut diagihkan di beberapa tempat seperti Pasar Awam Kota Kinabatangan dan juga lalulintas jalan utama Sandakan-Lahad Datu.