Home Berita PAS Sabah

Santuni Penduduk Ringankan Beban, PAS Kinabatangan Edar Bakul Ramadan

24
SHARE

Oleh: Fasihah Mohd
13 Mac 2025

Kinabatangan: PAS Kawasan Kinabatangan meneruskan tradisi kebajikan dengan mengedarkan bakul Ramadan kepada penduduk di beberapa buah kampung dalam kawasan ini.

Edaran ini melibatkan kampung-kampung seperti Kampung Warisan, Kampung Kembara Jaya, Kampung Lot M, dan sekitarnya.

Program ziarah ini diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Kinabatangan, Jumaidin Lakalla
bersama ahli jawatankuasa PAS Kawasan Kinabatangan.

Menurut Jumaidin, program ini bertujuan untuk menyantuni penduduk setempat khususnya golongan yang memerlukan bagi meringankan beban mereka dalam menghadapi bulan Ramadan.

“Kami berharap sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan beban masyarakat dan dalam masa yang sama mengeratkan hubungan antara PAS Kawasan Kinabatangan dengan penduduk setempat,” katanya.

Program Bakul Ramadan ini akan diteruskan sehingga minggu akhir Ramadan agar lebih banyak kampung bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini.

Penduduk yang menerima sumbangan menyambut baik usaha PAS Kawasan Kinabatangan dan berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Turut hadir dalam program ziarah ini Ikon Muslimat Muda PAS Kawasan Kinabatangan, Nurshahirah Salasain.