Home Berita PAS Terengganu

Terengganu Inc Sumbang RM500,000 Untuk Biasiswa Pelajar Cemerlang

7
SHARE

KUALA TERENGGANU – Syarikat pelaburan utama negeri, Terengganu Incorporated (TI) Sdn. Bhd. bersama-sama anak syarikatnya EPIC Berhad, TDM Berhad, Golden Pharos Berhad, Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd., dan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. menyumbang RM500,000 kepada Yayasan Terengganu bagi program biasiswa pelajar cemerlang.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan TI dalam memastikan anak-anak Terengganu mendapat peluang pendidikan terbaik.

Sehingga kini, TI telah menyalurkan RM1.5 juta kepada 30 pelajar cemerlang yang terpilih melalui program biasiswa ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan TI dalam memastikan anak-anak Terengganu mendapat peluang pendidikan terbaik.

“Sehingga kini, TI telah menyalurkan RM1.5 juta kepada 30 pelajar cemerlang yang terpilih melalui program biasiswa ini.

“Kami juga bertekad untuk meningkatkan jumlah sumbangan kepada RM1 juta bagi tahun 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Apresiasi Penerima Biasiswa YT-TI Young Talent Scholarship Programme 2024 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri; Dato’ Satiful Bahri Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri; Dato’ Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri; Dato’ Mohd Azmi Mohamad Daham.

Selain biasiswa, beliau turut menjelaskan bahawa TI juga aktif menjalankan pelbagai program komuniti.

Baru-baru ini, syarikat tersebut menganjurkan program ‘Back to School’ di Sekolah Kebangsaan Atas Tol, membuktikan komitmen mereka terhadap kesejahteraan pelajar di negeri ini.

Burhanuddin turut menegaskan bahawa pendidikan berkualiti akan melahirkan bakat yang akan kembali berkhidmat untuk negeri ini.

“Kami percaya pelaburan dalam pendidikan adalah pelaburan jangka panjang untuk negeri ini.

“Dengan jumlah yang lebih besar, lebih ramai pelajar akan menerima manfaat.

“Natijahnya, kita akan membawa pulang bakat yang hebat ke Terengganu,” ujarnya.