Home Berita PAS Terengganu

Terengganu tawar Ar-Riyadah Residence sebagai lokasi penganjuran Kursus Jurulatih Bola Sepak

13
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri sedia menawarkan Ar-Riyadah Residence kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai lokasi penganjuran kursus kejurulatihan dan kepengadilan secara konsisten di peringkat nasional untuk pelbagai tahap.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, tawaran itu dihulurkan setelah Kursus Kejurulatihan Kecergasan Asian Football Confederation (AFC) berjaya dijayakan dengan sempurna di lokasi terbabit.

Ujarnya, beliau telah mewakili pihak FAM merasmikan kursus yang diadakan bermula 23 Februari hingga 1 Mac di Ar-Riyadah Residence itu.

“Kursus ini telah mengumpulkan 13 orang jurulatih kecergasan yang telah terlibat dalam mengendalikan kelab-kelab bola sepak yang beraksi dalam Liga Malaysia.

“Kursus ini dikendlaikan oleh Pendidik Jurulatih AFC, Encik Mark Jones dan Encik Reuben Jude Balraj, Ketua Unit Saind Sukan FAM,”ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Anggota Jawatankuasa Eksekutif FAM itu berkata demikian melalui satu kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau merakamkan ucapan tahniah kepada pihak FAM atas penganjuran kursus yang diadakan itu.

“Sudah tentu memberi manfaat buat jurulatih kecergasan tempatan dan pastinya menyumbang dalam meningkatkan tahap profesionalisme bola sepak negara,”ujarnya.