Home Berita PAS Pahang

Gotong royong pasca kebakaran – ujian berat ukhuwah erat

9
SHARE

Oleh : JARIAH ISMAIL

Raub, 23 Feb – Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Raub bersama Group ARC Raub turun padang mengembeling tenaga dalam gotong-royong di kediaman Ketua Penerangan PAS Kawasan Raub, Dr. Mohamed Nilam, yang musnah dalam kebakaran baru-baru ini.

“Kerja-kerja pembersihan ini menghadapi pelbagai cabaran, termasuk kekurangan bekalan air yang menyukarkan proses pembersihan di seluruh kawasan dalam dan luar rumah.

“Namun semangat sukarelawan dan ikatan ukhuwah menjadikan tugas yang berat ini menjadi ringan,” kata Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Raub, Tengku Shah Amir Tengku Perang, yang turut serta dalam gotong-royong ini.

Tambah beliau, dengan keadaan struktur bangunan yang memerlukan perhatian khusus, proses pembersihan dan pembaikan dijangka mengambil masa yang agak lama.

Justeru, beliau mengharapkan agar masyarakat setempat dapat turut sama membantu, sama ada dalam bentuk tenaga, sumbangan atau apa sahaja yang termampu.

Turut hadir membantu dalam gotong royong ini adalah muslimin dan muslimat PAS Kawasan Raub.