Home Berita PAS Terengganu

Rakyat Perlu Buat Bantahan Tegas Terhadap URA

96
SHARE

KUALA TERENGGANU – Usaha untuk menghalang Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) terletak di tangan rakyat dengan cara menunjukkan bantahan yang keras terhadap akta itu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, dengan cara itu ia akan menghalang hasrat DAP untuk teruskan akta yang bakal menekan golongan kurang berkemampuan yang masih menjadi pemilik hartanah di tengah bandar.

“Penentangan terhadap cadangan akan beri kekuatan kepada ahli-ahli parlimen yang berada di dalam kerajaan untuk tidak menyokong akta ini,” ujarnya melalui hantaran di facebooknya, semalam.

Mengulas lebih lanjut, katanya jika menunggu akta itu dibentangkan dahulu di parlimen kemudian dibuat bantahan dikhuatiri akan terlewat.

“Sudah terlambat jika berbuat demikian. ‘tyranny of the majority’ seperti yang dimasukkan dalam akta melalui penurunan had ambang persetujuan akan mereka lakukan di parlimen.

“Menggunakan bilang ahli parlimen yang jadi komponen sekarang,” katanya.

Tambah beliau, ketika Perikatan Nasional dahulu menjadi kerajaan, akta itu tidak pernah digubal sebaliknya hanya meneliti cadangan daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung had ambang persetujuan pemilik hartanah.

“Termasuk menurunkan had ambang persetujuan pemilik strata, tanah, cadangkan itu ditelitikan oleh PlanMalaysia dan dibincangkan.

“Tetapi PN tidak pernah gubal akta baru seperti yang dibuat oleh kerajaan sekarang,”jelas beliau.

Tambah beliau cadangan pengubalan akta baru itu telah dibawa ke sesi taklimat kepada ahli-ahli parlimen minggu lalu yang memperincikan tentang had ambang persetujuan.

“Sebelum ini sejak tahun lalu, KPKT telah secara aktif melaksanakan pelbagai penerangan mengenai cadangan akta ini kepada kerajaan kerajaan negeri.

“Pertemuan dengan NGO (pertubuhan bukan kerajaan)  dan juga sekect committee parlimen,” ujarnya.