12/02/2025 Sungai Duri, Pulau Pinang – Satu ziarah prihatin telah diadakan bagi mengunjungi adik Muhammad Rafaie Bin Mohamad Fitri yang berusia 3 tahun, anak kepada Ustaz Fitri, Imam Masjid Jamek Sungai Duri. Adik Rafaie mengalami masalah pendengaran dan memerlukan pemeriksaan serta rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar setiap minggu.
Kos rawatan pembedahan yang diperlukan adalah sebanyak RM90,000 dan masih dalam proses kelulusan daripada pihak Zakat Pulau Pinang. Dalam ziarah tersebut, sedikit sumbangan wang tunai telah disampaikan kepada Ustaz Fitri Jaapar.
Turut hadir dalam ziarah prihatin tersebut adalah Ketua PAS Cawangan Sungai Duri, Saudara Daud Zakaria dan Bendahari Cawangan, Saudara Azmi Ibrahim.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga adik Muhammad Rafaie dan memberikan keceriaan kepada mereka. Diharapkan juga agar adik Rafaie diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.
#AbangAbidin #SungaiBakapKekalSejahtera