Home Berita PAS Terengganu

Dungun Terima Anugerah PASTI Kawasan Terbaik Malaysia

10
SHARE

DUNGUN – Dengan memperolehi penilaian markah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang tinggi melayakkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Dungun dinobatkan sebagai penerima anugerah PASTI Kawasan Terbaik di Majlis Anugerah Prestasi PASTI Malaysia 2024.

Pengerusinya, Muhamad Fauzi Mahammad Khairudin berkata antara faktornya memiliki bangunan sendiri yang bernilai RM1 juta itu menjadikan satu-satunya PASTI yang memiliki bangunan sendiri.

” Kejayaan memiliki premis sendiri adalah hasil sumbangan orang ramai dengan usaha yang lebih gigih dan tidak pernah berhenti daripada semua pihak untuk menyiapkannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas majlis berkenaan yang berlangsung di Grand Margherita Hotel di sini pada Sabtu 8 Februari.

Disamping itu, kelainanan yang tiada di PASTI Kawasan lain ialah pertandingan Sukan PASTI (SUKPA) yang melibatkan semua cawangan.

“Pertandingan yang berlangsung dari pagi sampai malam untuk mengetengahkan bakat dan kebolehan pelajar-pelajar,

” ini telah berjaya menarik perhatian ibubapa untuk hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

” Ini juga merupakan satu tarikan untuk ibubapa menghantar anak ke PASTI, ” terangnya.

Katanya, PASTI Kawasan itu juga mencipta kejayaan ‘hatrik’ keluar sebagai Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI Negeri Terengganu pada tahun 2022, 2023 dan 2024.

” Untuk Anugerah Prestasi Peringkat Negeri Terengganu, PASTI Kawasan Dungun menerima anugerah PASTI Kawasan Terbaik, Media PASTI Kawasan Terbaik dan juga Majlis Guru PASTI Kawasan Terbaik Terengganu 2024,” ujarnya yang telah diamanahkan sebagai Pengerusi Kawasan itu sejak 2016. .

Menurutnya PASTI Kawasan itu bermula pada tahun 1986 dengan tertubuhnya PASTI Bukit Chatak 1 dan kini sebanyak 39 buah PASTI telah diwujudkan dengan jumlah pelajar seramai 2315 orang serta 200 orang guru yang ikhlas mendidik bakal pemimpin ummah.

“Sebenarnya semuanya tidak datang dengan mudah, jadi ada kerjasama yang baik daripada Pemuda PAS Kawasan Dungun, Pemuda PAS DUN, PASTI Cawangan dan seluruh Guru-guru PASTI dan warga PASTI yang terlibat,

“supaya PASTI sentiasa menjadi pilihan masyarakat dan boleh memberi manfaat pada ummah,” tambahnya.