Oleh: Mimi Hazwa HMS
9 Februari 2025
KENINGAU: Malam 5 Februari lalu menjadi sejarah apabila daerah Keningau dilanda banjir kilat yang berlaku dalam sekelip mata setelah lebih kurang 29 tahun selepas sejarah banjir kilat Greg yang melanda daerah tersebut pada tahun 1996.
Kawasan terjejas banjir kilat di Keningau termasuk Kampung Kauran, Kampung Kauran Greg, Kampung Patikang Ulu, Lingkudau Ring, Taman Kok Lok, Taman Anggerik, Kampung Tamu Ground Keningau dan Jalan Pekan Keningau.
Sebagai tanda prihatin atas bencana alam yang menimpa warga Keningau khususnya mangsa banjir, PAS Kawasan Keningau dengan kerjasama Ameerah dan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Keningau yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Keningau, Ridzqan Wirahadi Kusuma Usup telah turun dan menggerakkan misi bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Koningau Majlis Daerah Keningau (MDK) bagi membantu meringankan beban dan memberi bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir kilat.
Seramai 17 keluarga serta 69 mangsa banjir termasuk 20 kanak-kanak dan 10 warga emas yang terlibat di kawasan terjejas banjir telah ditempatkan di PPS ini.
Barang bantuan yang telah diberikan oleh PAS Keningau antaranya susu bayi, pampers, alas kaki, water heather dan barang-barang keperluan lainnya.
Rizqan Wirahadi ketika ditemui berkata PAS Keningau berharap semoga semua mangsa yang terjejas banjir diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.
PAS Keningau juga merakamkan penghargaan kepada para petugas khas daerah Keningau khususnya Jabatan kesihatan Malaysia(JKM), Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RELA dan lain-lain jabatan yang terlibat secara langsung dalam membantu mangsa terlibat banjir kilat di Keningau.