Home Berita PAS Terengganu

Terengganu Inc peruntuk RM12.02 juta laksana CSR tahun 2024

12
SHARE

KUALA TERENGGANU – Syarikat pelaburan utama negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memperuntukkan sebanyak RM12.02 juta sepanjang  program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada tahun 2024.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun, berkata, jumlah tersebut meliputi sektor pendidikan, sukan, komuniti, agama dan alam sekitar di Terengganu.

“Kumpulan ini tetap teguh dalam misinya untuk memperkasa komuniti melalui inisiatif strategik dalam menyokong usaha CSR yang menyumbang kepada kemajuan negeri dan rakyat Terengganu.

“Inisiatif-inisiatif ini sejajar dengan misi syarikat untuk menyokong inisiatif yang mampan yang sejajar dengan prinsip-prinsip agenda prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), menerusi slogan, “Memanfaatkan Pelaburan kepada Rakyat,” katanya.

Tambah Burhanuddin Hilmi, Terengganu Inc turut menawarkan bantuan pendidikan seperti biasiswa YT-TI Young Talent Scholarship yang diperkenalkan mulai tahun 2022.

Menurut beliau, sehingga kini sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukkan dalam tempoh tersebut melalui kerjasama antara Terengganu Inc dan Yayasan Terengganu.

“Terengganu Inc juga menawarkan Biasiswa Tunas Scholar dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Maidam, Kolej Universiti Bestari (UCB) serta KMI Medical Centre dengan peruntukan sebanyak RM1.3 pada tahun 2024.

“Biasiswa ini dikhususkan kepada mereka yang terdiri daripada kerluarga asnaf dan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang kejururawatan di UCB dan sekiranya layak mendapat penempatan pekerjaan di KMI Medical Centre,” ujarnya.