Home Berita PAS Pulau Pinang

JELAJAH KEPALA BATAS SEJAHTERA

12
SHARE

Kepala Batas, Pulau Pinang.
3 Februari 2025

May be an image of 11 people, people performing martial arts, hospital, dais and text

Jelajah Kepala Batas Sejahtera bertempat di cawangan Permatang Keriang, Penaga semalam mendapat sambutan luar jangkaan.
Dalam majlis tersebut, sebanyak 29 sijil baharu keahlian PAS telah diserahkan kepada beberapa ahli baru, serta yang selebihnya diserahkan kepada Ketua PAS Cawangan Permatang Keriang, En Ridwan Osman (bagi pihak mereka yang tidak dapat hadir).
Apa yang menarik, hampir semua ahli baharu adalah terdiri daripada anak-anak muda yang begitu bersemangat untuk bersama-sama PAS dalam meniti arus perjuangan ini.
Alhamdulillah, moga gelombang ini terus bergerak dan bergerak, ke arah pemantapan cawangan-cawangan di DUN Penaga secara khususnya serta PAS Kawasan Kepala Batas secara amnya, insya-Allah.