PAS Kawasan Permatang Pauh dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh Dan Dun Permatang Pasir buat pertama kali menganjurkan program Walimah Perdana 1.0 dengan jayanya.Seramai tiga pasangan pengantin diraikan dengan kehadiran seramai dua ribu tetamu jemputan
Majlis berlangsung di Dewan Mahad Dakwah Al Islamiah Padang Menora
Manakala menurut YB Permatang Pasir Tuan Haji Amir Hamzah Abdul Hashim penganjuran ini bagi meringankan beban keluarga kalangan B40 bagi mendirikan rumah tangga.Pihak penganjur tidak mengambil sebarang keuntungan hanya sedikit bayaran bagi pengurusan dan kita sebagai pemudah cara.
Bagi Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Ustaz Fawwaz Md Jan pula berasa gembira dengan kehadiran tetamu jemputan, rakan-rakan media dan Yang Berhormat.
Menurutnya lagi ini membuktikan Pusat Khidmat Permatang Pauh sentiasa cakna dengan program-program kemasyarakatan