Home Berita PAS Terengganu

Pemuda susun organisasi perkemas jentera

8
SHARE

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemudah PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyusun organisasi dan memperkemaskan jentera bagi memastikan sayap kanan parti itu bersiap awal, menghadapi pilihan raya umum ke-16.

Ketua DPPNT, Ustaz Mohd Harun Esa berkata, langkah proaktif itu bukan sahaja dapat dilaksanakan dengan baik bahkan mendapat sambutan menggalakkan.

“Saya bersyukur kerana anak muda Terengganu khususnya terus memberi komitmen dan sokongan kepada gerak kerja pemuda PAS Terengganu.

“Tenaga pemuda terus bertambah dan akan lebih ramai insyaAllah melalui aktiviti dan program pemuda yang disusun bagi tahun 2025,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Teguh Memimpin Bertemu Mata bersama anggota pemuda DUN dan cawangan kawasan Kuala Terengganu, semalam.

Oleh itu, beliau berharap, para pemuda dan setiap Lujnah serta organisasi di setiap kawasan-kawasan di seluruh negeri mengambil tindakan berdasarkan pelan tindakan ‘Teguh Memimpin’ selari dengan ‘Peta Perjalanan’ yang telah diputuskan.