Home Berita PAS Terengganu

Kesungguhan Keluarga, Guru Serlahkan Kejayaan Hamidah Di Persada Dunia

85
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kesungguhan dan kesabaran yang tinggi keluarga dan guru telah menyerlahkan kejayaan Adik Amatullah Hamidah sekaligus mengharumkan nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di persada dunia.

Mengulas kejayaan anak sulungnya, Adik Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim, 6 yang dinobatkan sebagai Juara Pidato Alam Ria PASTI Malaysia 2024, Hasmah Darwis, 31 yang berasal dari Sabah itu berkata kejayaan tersebut bukan mudah.

” Ianya perlukan banyak kesabaran, kesungguhan dan pengorbanan, Hamidah seperti kanak-kanak lain yang seusianya, ada kalanya cepat bosan dan ada ketikanya menangis tidak mahu meneruskan latihan,

” kerana dia boleh membaca, mudah ingat dan cepat memahami apa yang hendak disampaikan menerusi teks pidato yang ditulis ayahnya,” ujar ibu kepada dua orang anak perempuan itu.

Untuk memantapkan persembahan anaknya, Hasmah turut melayari ‘youtube’ disamping tunjuk ajar guru ketika sicilik itu berada di PASTI.

Hasmah menjelaskan demikian ketika dihubungi di rumahnya di sini semalam.

Menceritakan kejayaan mengondol Juara Dunia di International Children and Youth English Recitation Competition yang dianjurkan oleh Global Arts, Sports and Culture Association (GASCA), ibu muda itu berkata pertandingan tersebut yang bertempat di Hong Kong itu melibatkan pelbagai kategori.

“Saya terlintas untuk mencuba bakatnya di peringkat antarabangsa, jadi kita layari web dan terpandang iklan program tersebut, tapi kami hanya ada masa dua minggu je untuk praktis dari segi ‘pronunciation’ dan gaya,

” saya hantar video Hamidah menyampaikan ‘poem yang bertajuk ‘ My Little World ‘, Alhamdulillah, tak sangka pula jadi ‘champion, ‘” katanya sambil memaklumkan nenek Hamidah , Rohilasari Mustapha, 56 yang melatih cucu sulung dalam keluarga itu.

Pelajar pintar dan cemerlang itu yang sebenarnya telah memecah tradisi PASTI Al-Furqan, Chendering dengan menyertai Kategori Pidato Perempuan Alam Ria PASTI 2024.

Hasmah memaklumkan bakat anaknya itu telah dikesan oleh guru PASTI Al-Furqan, pra-sekolah itu sebelum ini tidak pernah menghantar wakil untuk kategori tersebut.

“Alhamdulillah, berjaya hingga di peringkat kebangsaan, bakatnya sebagai pemidato telah dikesan oleh gurunya ”

“Saya sebenarnya nak Hamidah masuk kategori hafazan yang pernah dia sertai tahun lepas, sebab tahun lepas dia hanya menerima hadiah saguhati sahaja, jadi kali ini harap-harap dapat tempat pertama,” ceritanya kerana anak kecil itu telah menghafal juzuk 30.

Beliau turut melahirkan harapan agar anak itu menjadi insan yang boleh memberi manfaat kepada manusia yang lain, membantu agama Allah dan negara.

“Tidak berbangga dengan kelebihan yg ada, malah terus merendah diri, kami juga berharap bakat dan kelebihan yang ada tidak terhenti hanya di PASTI,” ujarnya.