Home Berita PAS Terengganu

Usaha Kerajaan PAS bantu institusi pendidikan dihalang pihak tertentu

267
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS melalui wakil rakyat sering kali dihalang oleh pihak tertentu dalam usaha menyalurkan sumbangan, membantu sekolah dan institusi pendidikan di negeri ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim berkata, inisiatif tersebut adalah memenuhi tanggung jawab sebagai pemimpin tanpa niat politik, namun sering kali ditohmah dan dihalang.

“Masalahnya sekarang ini kita sebagai wakil rakyat, memang kita sentiasa diminta bantuan untuk membantu sekolah.

“Dan kita sebagai wakil rakyat, kita akan cubalah setakat mana dalam bidang perkhidmatan kita (untuk memberi bantuan). Masalahnya kadang-kadang kita nak masuk dalam sekolah, kita tak dibenarkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian Ketika dihubungi hari ini, mengulas program ‘EPIC Back To School 2025’ di Pusat Sains & Kreativiti (PSKT), pada Ahad 19 Januari.

Menurutnya, perkara tersebut turut disuarakan oleh rakan-rakan pemimpin PAS yang menerajui kerajaan negeri Terengganu.

“Beberapa insiden misalnya, kejadian EXCO kerajaan negeri untuk bagi bantuan yang dipohon oleh pihak sekolah sendiri.

“Tetapi tidak dibenarkan masuk (ke dalam kawasan sekolah). Kemudian bila diatur untuk buat program, tunggu di luar sekolah pun tak boleh sehingga tiada jalan dan akhir sekali berjumpa di kedai kopi untuk bagi bantuan.

“Saya semalam bagi bantuan untuk pasukan hoki satu sekolah yang saya tidak akan namakan, juga jumpa di kedai kopi”, ujarnya.

Ali Jawatankuasa PAS Pusat menegaskan, membawa elemen politik ke dalam institusi pendidikan merupakan satu tindakan yang tidak wajar sama sekali.

“Sebaiknya, pendekatan yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik perlulah dipertimbangkan.

“Ini adalah satu perkara bagi saya, sayanglah. Negara kita negara demokrasi, hargai reformasi”, tambahnya.