Home Berita PAS Wilayah

MAHKAMAH RAYUAN IKTIRAF STATUS PENDUDUK KAMPUNG SETIA JAYA SEBAGAI PENEROKA ASAL

136
SHARE

Dengan penuh kesyukuran, PAS Kawasan Wangsa Maju mengucapkan tahniah kepada penduduk Kampung Setia Jaya atas kemenangan besar di Mahkamah Rayuan yang mengiktiraf status mereka sebagai peneroka asal. Keputusan ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjuangan mempertahankan hak rakyat ke atas tanah yang telah mereka diami sejak sekian lama.
Kemenangan ini sekaligus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen sebelum ini, yang berpihak kepada pihak lain. Dalam keputusan sebulat suara 3-0 oleh panel hakim, Mahkamah Rayuan telah memberikan keadilan kepada penduduk Kampung Setia Jaya, membuktikan bahawa kebenaran tetap akan mengatasi segala cabaran.
PAS Kawasan Wangsa Maju ingin merakamkan penghargaan kepada pasukan peguam yang diketuai oleh Faiz Kamal, Dato’ Ahmad Zaharil Muhaiyar, dan Zambri Mohd Isa atas usaha gigih mereka dalam memastikan keadilan ditegakkan. Mereka telah membuktikan bahawa perjuangan membela hak rakyat boleh dicapai dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.
Kami menyeru semua pihak untuk terus menghormati keputusan ini dan memastikan hak penduduk Kampung Setia Jaya terus terpelihara.
Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada penduduk Kampung Setia Jaya. Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk terus berjuang demi kebenaran dan hak rakyat.
ABDUL RANI BIN MOHAMED DAUD
Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju