Home Berita PAS Terengganu

Wakil OKU kecewa tindakan pukul OKU

10
SHARE

KUALA NERUS – Persatuan OKU Seberang Takir kecewa dengan peristiwa yang berlaku di Kemaman baru-baru ini apabila seorang insan OKU yang telah diperlakukan dengan tidak wajar oleh sekumpulan individu di Pasar Tani Padang Astaka di Kemaman pada Jumaat lalu.

Biro Media dan Belia Pusat Sumber PERTIS, Anis Sakinah Abdul Aziz berkata, beliau terkilan apabila mendengar peristiwa yang tular berlaku melibatkan warga OKU.

“Walaupun siapa kita sama ada OKU atau normal, tindakan sedemikian sangat zalim dan tidak bertamadun. Apabila sesuatu berlaku kenapa kita perlu guna kekerasan. Ditanya lagi, apa perlu dibuat jika berlaku lagi perkara yang sama.

“Kalau berlaku depan mata akita, segera lapor kepada Polis bukan bertindak sendiri,” ujarnya lagi kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman.

Sementara itu, Abdul Halim Che Ibrahim, 65, turut senada tidak bersetuju dengan tindakan sendiri yang dibuat.

“Akibat tidak berpuas hati dan mengambil tindakan sendiri maka kesalahan kecil bertukar kepada kes jenayah.

“Beliau yang juga pengerusi JPKK Seberang Takir menasihati orang ramai jangan bertindak mengikut emosi, lapor kepada pihak berkuasa, negara kita ada undang-undang,” jelasnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim turut bersimpati terhadap kejadian yang berlaku, ketika menziarahi saudara Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, yang sedang diberikan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kelmarin.

“Melihat kepada kehangatan isu yang sedang diperkatakan, masih ada segelintir pihak mengambil kesempatan dengan mempolitikkan isu tersebut bagaikan setiap perkara perlu dijadikan modal politik.

“Dalam masa yang sama, masyarakat juga perlu peka terhadap nasib mereka yang tergolong dalam kategori OKU mental agar peristiwa sebegini tidak berulang dengan merujuk kepada pihak bertanggungjawab bagi mendapatkan bantuan,” tegasnya lagi