Home Berita PAS Terengganu

Kerjasama agensi empat negeri kukuh strategi penerangan

16
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kerjasama erat agensi penerangan parti dan kerajaan empat negeri (SG4) Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis, menjadi elemen utama dalam memperkukuhkan strategi empat buah negeri ditadbir PAS itu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, kejayaan menyampaikan maklumat yang tepat dan efektif kepada masyarakat bergantung kepada kerja berpasukan yang mantap.

“Sebagai penggerak penerangan, kita harus bekerja dengan penuh kebenaran, memastikan setiap berita dan maklumat yang kita sampaikan berlandaskan fakta dan nilai-nilai Islam.

“Kejayaan kita dalam memperkukuhkan strategi penerangan SG4 tidak dapat dicapai tanpa kerjasama dan penyatuan tenaga daripada semua pihak.

“Kesepaduan antara organisasi parti dan kerajaan adalah kunci kepada kejayaan kita dalam membawa mesej SG4 kepada masyarakat dengan lebih efektif,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dlam majlis penutup dalam program Penerangan SG4 siri ke dua yang diadakan di Permai Hotel berlangsung selama dua hari dan berakhir pada hari ini.

Justeru itu, Dato’ Husain turut menyeru semua organisasi parti dan kerajaan untuk berganding bahu dalam memperkukuhkan penyampaian mesej SG4, sejajar dengan aspirasi pembangunan yang dibawa.

“Dalam melaksanakan gerakerja ini, kita juga diingatkan tentang pentingnya kesabaran dan tdak semua cabaran dapat diselesaikan dengan segera, serta memerlukan ketekunan dan kecekalan yang tinggi.

“Kesabaran adalah elemen penting yang akan memastikan usaha kita membuahkan hasil yang berpanjangan dan memberi manfaat kepada semua,” ujarnya.

Melalui semangat kerja berpasukan yang kukuh, strategi penerangan SG4 diyakini dapat memberi impak positif yang berpanjangan kepada masyarakat, memperkukuhkan pemahaman terhadap agenda pembangunan, dan membina komuniti yang lebih harmoni.

“Darjat sabar yang paling agung adalah sabar terhadap ketaatan dan kerana itulah sabar yang paling agung yang diharapkan, tatkala kamu melaksanakan ketaatan, lalu kamu bersabar terhadapnya dan menyabarkan dirimu,

“supaya kamu sentiasa tetap melaksanakan sesuai dengan bentuk yang paling sempurna, dengan segala kekhusyukan dan ketundukannya,” tambah beliau lagi.