{RETRO}
Dua penduduk tempatan yang ditemui mengatakan mereka tidak yakin kerja-kerja penambakan dan pengawalan hakisan yang telah dilakukan akan menyelesaikan masalah tersebut.
”Tahun ini, tak tahulah kita, tahun lepas sampai depan tu dah, tahun ini kemungkinan (keadaan menjadi) teruk lagi,”kata salah seorang dari mereka, ketika tinjauan dibuat ke lokasi berkenaan baru-baru ini.
”(Nak buat macamana) tak tahulah, hok ni tak selesai sokmo,”jawab seorang lagi anak muda Kampung Tok Jembal ketika temubual spontan dengan Buletinonline.
Pada 8 November lalu, sebuah akhbar tempatan merakamkan kebimbangan penduduk kampung terbabit apabila hujan lebat dan angin kencang berlaku tanpa henti sejak musim tengkujuh bermula awal minggu lalu.
Berikutan itu, mereka terpaksa menutup laluan pesisir pantai dari lapangan terbang menuju UMT ekoran hakisan pantai yang semakin merebak.
Sekiranya pihak-pihak berkenaan tidak mengambil langkah yang drastik menyelesaikan masalah tersebut, ia akan memberi kesan kepada kehidupan penduduk setempat.
“Siapa yang tidak bimbang setelah kawasan tempat tinggal diancam masalah ini (hakisan), tambahan pula ia turut memberi kesan kepada keindahan pantai yang sememangnya dikunjungi ramai.
Justeru itu, kami berharap agar semua pihak mengambil langkah lebih proaktif untuk mengatasi masalah hakisan pantai daripada terus menjadi ancaman kepada keselamatan penduduk, terutamanya golongan nelayan di sini,’kata Che Rani Abdullah, 37 kepada akhbar tersebut.
Pada 5 Februari lalu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said mengadakan lawatan mengejut setelah menerima laporan, jalan pesisir pantai tersebut hampir putus akibat hakisan.
Hakisan Pantai Tok Jembal ‘Merebak’, Penduduk Tambah Bimbang
BACA LAGI
Penduduk yang tinggal di persisiran pantai dari Tok Jembal hingga Batu Rakit sedang dan akan melalui ancaman yang menakutkan akibat hakisan pantai yang kian merebak setiap kali musim tengkujuh.