KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, kemenangan yang diraih PAS harus dijaga dengan disiplin dan keinsafan.
Katanya, kejayaan PAS pada PRU lalu disifatkan sebagai kemenangan bergaya yang menjadi bukti kepada kepercayaan rakyat terhadap pimpinan dan pendekatan politik PAS.
“Bermula sejak PRU14 dengan tagline “PAS Ganti UMNO”, kejayaan itu membenih subur melalui keupayaan PAS memenuhi manifesto dan keperluan rakyat, disokong oleh dana yang mencukupi daripada royalti petroleum.”
“Pada PRU15, kita berjaya mengekalkan momentum kemenangan kerana kita menepati janji manifesto, mengurus pentadbiran kerajaan dengan baik, dan membela nasib rakyat,” katanya ketika ditemu semalam.
Beliau turut menambah bahawa majoriti rakyat kini tidak lagi mempercayai UMNO/BN, yang menjadi faktor luaran kepada kemenangan PAS.
Namun, beliau mengingatkan bahawa senario politik semasa telah berubah dengan kepimpinan baharu BN, selain isu dana khas yang digunakan untuk memperbaiki imej mereka.
Oleh itu, bagi menghadapi PRU akan datang. Beliau menyeru agar semua ahglui dan penyokong, menyusun rancangan dan tindakan agar PAS terus menjadi pilihan.
“Marilah kita bersatu hati, memperkukuh saf, dan memastikan PAS kekal menjadi parti pilihan rakyat. Dengan izin Allah, kita mampu mengulang kejayaan dan terus memperjuangkan agama, bangsa, dan negara,” tambahnya.