Home Berita PAS Terengganu

20 Mangsa banjir lumpur di Kg Hulu Lerek terima ganti rugi

16
SHARE

HULU TERENGGANU – Syarikat East Rock Kuari hari ini membayar ganti rugi berhubung masalah banjir lumpur melanda penduduk di Kampung Hulu Lerek, Ajil pada 27 Disember lalu.

Syarikat terbabit kesal dengan kejadian tersebut yang berpunca daripada sisa yang melimpah sehingga menyebabkan banjir lumpur itu berlaku.

Wakil East Rock kuari, Azizul Hasyim berkata, pihaknya bersama penduduk sudah mengadakan perjumpaan dengan syarikat berkenaan sebelum ini bagi mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang berlaku dan mengambil tanggungjawab dengan kejadian tersebut.

“Kami memohon maaf dengan apa yang telah berlaku dan dengan ini pihak Syarikat mengambil tanggungjawab untuk memberi sedikit pampasan bagi mangsa banjir lumpur ini.

“Kami akan memastikan kejadian ini tidak akan berulang Kembali,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim menjelaskan, kejadian banjir lumpur itu ada hikmahnya.

“Apa yang berlaku bukan dirancang. Lain yang dirancang lain yang berlaku.

“ Itulah yang dipanggil musibah dan kita telah mengadakan beberapa rundingan sebelum ini dengan East Rock bagi mencari penyelesaian diatas isu tersebut” katanya.

Turut hadir  Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Jabatan Mineral dan Geosains, Penghulu Mukim.

Sementara itu, seorang penerima, Mazlan Haron, 61, meluahkan rasa syukur kerana menerima saguhati.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat tentang banjir lumpur yang melanda kampung Hulu Lerek.

“Terima kasih juga diatas sumbangan ini walaupun tidak seberapa namun sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan di musim banjir ini” katanya.

Dalam masa sama, dia berharap kejadian tersebut tidak akan berulang lagi.