Home Berita PAS Pahang

PAS perkasakan parti menambah keahlian anak-anak muda

24
SHARE

Oleh : KASDI KOSMIN

Indera Mahkota, 16 Dis – Yang Dipertua PAS Kawasan Indera Mahkota, Dato’ Haji Andansura Rabu, menekankan kepentingan memperkasakan organisasi dengan menambah keahlian baru.

“Usaha ini bukan sahaja untuk mengekalkan kesinambungan kepimpinan tetapi juga untuk melahirkan generasi pelapis yang berwibawa bagi masa hadapan.

“Semua cawangan perlu menggiatkan usaha pendaftaran ahli baru, khususnya dalam kalangan golongan muda kerana golongan muda adalah aset penting yang akan menentukan hala tuju PAS pada masa hadapan,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian dalam Program Jaulah Pimpinan Siri Kedua PAS Teraju Pahang  di Cherating baru-baru ini.

Selain itu, beliau menyarankan agar program-program berbentuk pendidikan politik, kepimpinan, dan pembangunan komuniti terus dijalankan bagi memastikan ahli mendapat manfaat langsung daripada penyertaan mereka.

“Kami, anak muda, bersemangat untuk terus aktif dalam PAS. Dengan program kepimpinan dan pendidikan politik yang dianjurkan, kami yakin dapat memberi sumbangan lebih besar kepada masyarakat,” kata salah seorang wakil pemuda yang hadir.

Majlis tersebut berlangsung harmoni dengan kehadiran pemuda, muslimat, asabiqun, dan anak muda.