Home Berita PAS Terengganu

Terengganu Komited Bangunkan Bidang Pengajian Al-Quran

16
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu melalui Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Pembangunan Insan negeri komited untuk membangunkan sektor pendidikan tinggi khususnya dalam bidang pengajian al-Quran.

Pengerusinya, Datuk Satiful Bahari Mamat berkata justeru itu , menaikkan taraf Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) kepada Kolej Universiti Islam di bawah kelolaan kerajaan negeri sedang giat dipersiapkan mencapai hala tuju dan perancangan pendidikan tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat.

Menurutnya, penyediaan fasiliti pengajian tinggi untuk KQT yang sedang giat dijalankan di Kampus Pengkalan Gawi dan Kampus Induk Durian Mentangau.

“Manfaat dari pembangunan Kampus Induk Durian Mentangau ini akan menempatkan seramai 1500 orang mahasiswa pada fasa satu dan seramai 3000 orang mahasiswa pada fasa dua.

“Pendidikan tinggi di negeri Terengganu juga bakal menyaksikan hub pendidikan Islam Nusantara dikembalikan semula. Ini bertepatan dengan visi KQT yang sentiasa berusaha menjadi pusat kecemerlangan pengajian Al-Quran dengan pelbagai disiplin ilmu secara bersepadu yang terunggul di Malaysia,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Imaratul Ilmi ke-5 Koleh Al-Quran Terengganu (KQT) di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI),di sini hari ini.

Tambah Satiful, bagi mencapai objektif itu, institusi-institusi Pendidikan tahfiz di Malaysia amnya dan Terengganu khasnya perlu diperkasakan samada dalam pengurusan atau pentadbiran dan juga proses pengajaran dan pembelajaran.

“Kedua-dua elemen ini dilihat sebagai faktor utama untuk mencapai pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan mencapai pendidikan yang berkualiti serta dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan.

“Oleh yang demikian, kerajaan negeri  akan terus mendokong usaha untuk meningkatkan kapasiti pentadbiran dan pengurusan KQT serta menyediakan prasarana pengajian yang kondusif seiring dengan Teras Strategik Jawatankuasa portfolio ini,”jelasnya.