Oleh: Mimi Hazwa HMS
11 DISEMBER 2024
KENINGAU: Sangat meriah dan penuh keceriaan program Fun Run Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Keningau dan Tambunan kali ini.
Program Fun Run yang menjadi aktiviti tahunan PASTI Malaysia ini bertujuan bagi melengkapkan 5C (Celik Cerdas) dalam rekod Sistem Penilaian Prestasi Murid (SPPM) di bawah kurikulum PASTI sekali gus menerapkan semangat gaya hidup sihat dalam kalangan warga PASTI yang diadakan di Masjid At Taqwa, Keningau pada pagi Ahad.
Seramai 307 orang murid dari enam buah PASTI dan hampir 400 lebih penyertaan daripada ibu bapa yang turut sama menyertai larian Fun Run telah menghangatkan dan menjadikan program kali ini lebih ceria dan meriah dengan pelbagai gelagat yang boleh dilihat sepanjang larian berlangsung.
Fun Run kali ini juga turut dimeriahkan dengan 10 gerai jualan yang menjual berbagai macam produk jualan yang dibuka oleh keluarga PASTI.
Hadir merasmikan Fun Run ialah ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Keningau, Ridzqan Wirahadi Kusuma Usup yang turut melepaskan acara larian serta menyampaikan sijil penyertaan murid dan hamper kepada wakil guru setiap PASTI.
Mengiringi acara perasmian ialah, Juliza Aripuddin yang juga merangkap pengarah program Fun Run untuk kali ini.