Home Berita PAS Terengganu

70 Sertai Operasi Bersih Di DUN Ajil

10
SHARE

Oleh: Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Seramai 70 orang petugas sukarelawan telah menyertai Operasi Bersih Pasca Banjir di Kampung Ajai dalam DUN Ajil, Hulu Terengganu.

Ketua KHIDMAT Malaysia Kuala Terengganu, Nordin Ali berkata, misi tersebut disertai oleh 50 orang muslimin dan 20 muslimat dengan empat pacuan empat roda, lima buah kereta dan sebuah van.

“Kami berkumpul seawal jam.7.45 pagi di Masjid Pengadang Baru dan tiba di Masjid Kampung Kua pada jam 9.30 pagi.

“Petugas dibahagikan kepada enam kumpulan yang melibatkan tujuh buah rumah dan Masjid Kampung Pengkalan Ajal dan misi berakhir pada jam 2.00 petang, ” katanya ketika ditemui di sini pada 3 Disember.

Misi itu juga turut disertai Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu, Mohd Soud Said, Bendaharinya, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pemuda, Ustaz Asraf An Nawawi Ahmad.

Seorang mangsa banjir yang ditemui, Hasan Deraman, 66 melahirkan ucapan terima kasih dan terharu dengan pertolongan yang diberikan sukarelawan-sukarelawan.

“Ujian banjir adalah setiap tahun buat kami sekeluarga yang tinggal hampir 34 tahun, sudah bersiap sedia dengan menyelamatkan barang-barang penting,” ceritanya.