Home Berita PAS Terengganu

Kerah Bantu Kawasan Paling Teruk Pasca Banjir

15
SHARE

Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Semua jentera parti, termasuk Jabatan Amal dan Pemuda, telah dikerahkan untuk membantu kawasan yang paling teruk terjejas akibat bencana banjir.

Pengerusi Jabatan Amal negeri Terengganu, Ustaz Harun Isa, berkata, usaha memberi bantuan kepada mangsa banjir kini menjadi keutamaan, dengan tumpuan diberikan di kawasan yang mengalami kerosakan teruk dan memerlukan tindakan segera.

“Sebahagian kawasan juga telah mula operasi bersih dan kita telah aturkan anggota untuk membantu kawasan yang telah terjejas teruk.

“Kita juga telah merancang dapur makanan yang akan meringankan sedikit beban mangsa yang terlibat di daerah masing-masing,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini

Menurutnya, Jabatan Amal dan Pemuda Terengganu telah mengambil langkah proaktif dalam menghadapi musim tengkujuh tahun ini dengan membuka sembilan bilik gerakan banjir seawal bulan September.

Lapan daripadanya beroperasi di peringkat daerah, manakala sebuah lagi menjadi pusat operasi utama di peringkat negeri.

“Sepanjang bencana ni, kita telah gerakkan jentera untuk membantu mangsa banjir berpindah ke Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang berdekatan.

“Jabatan amal juga membantu agensi kerajaan untuk mengambil dan mengagihkan barangan kepada mangsa banjir.

“Kita sentiasa bersiap sedia 24 jam,” ujar Ustaz Harun.


Justeru itu, beliau turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai bagi meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa banjir.

“Sumbangan masih diperlukan dan diucapkan terima kasih kepada yang telah menyumbang untuk membantu mereka terlibat.

Sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Bank Islam, nombor akaun: 1301 7010 038712.

“Sebarang pertanyaan boleh hubungi Tuan Mohd Hasmizie, 010-666 1438 dan Ustaz Abdul Rahman, 013-328 431.

“Sumbangan anda amat diperlukan bagi membantu mangsa banjir di Terengganu,” tambah beliau lagi.