Home Berita PAS Terengganu

Mangsa di PPS SK Atas Tol terima bantuan makanan

9
SHARE

KUALA TERENGGANU – Walaupun langit kembali cerah, mangsa banjir di sekitar Kampung Atas Tol masih kekal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Atas Tol kerana Paras air yang belum surut sepenuhnya serta berkemungkinan akan menghadapi air pasang besar pada malam ini.

Pasukan Ameerah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong berusaha menceriakan kanak-kanak yang terkesan akibat bencana ini, dan telah hadir menyampaikan bantuan makanan.

“Bantuan ini bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan asas, tetapi juga sebagai sokongan moral kepada mangsa yang masih bergelut dengan situasi semasa.

“Adik, dapat ni makan sama-sama dengan adik-beradik lain jugok deh. Sama-sama kongsi,” ujar salah seorang sukarelawan kepada seorang kanak-kanak ketika menyerahkan bungkusan makanan.

Menurnutnya bagi orang dewasa mungkin tekanan akibat bencana banjir ini dapat dihadapi kerana ia tidak dapat dielakkan.

“Namun ia akan lebih dirasakan oleh kanak-kanak yang terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan baru di PPS.

“Semoga usaha ini dapat membantu menceriakan suasana dan memberikan sedikit keceriaan kepada mereka.

“Sekali gus dapat meringankan beban mereka yang terjejas, sementara doa terus dipanjatkan agar keadaan kembali pulih dan mangsa banjir dapat kembali ke kediaman masing-masing dengan selamat,”ujarnya.