Home Berita PAS Terengganu

Syukur,tiga projek baharu atasi banjir lulus di Kuala Besut – Azbi

29
SHARE

BESUT – Sebanyak tiga projek baharu yang dipohon kepada Menteri Kerjaya Raya, Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi telah diluluskan serta merta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh Salleh berkata, pihaknya sebelum telah memohon kepada  Menteri Kerja Raya itu semasa beliau hadir melakukan tinjaun Projek Tiub Tebatan Banjir baru-baru ini.

“Tiga projek itu ialah membesarkan longkang di sekitar Kem Tentera Udara DiRaja Malaysia Gong Kedak, pembinaan longkang baru di sempadan Pachakan dan yang terakhir pembinaan longkang daripada Masjid Kayu Jerteh ke Kampung Pusu Tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Azbi merakamkan jutaan terima kasih kepada Elexender  yang telah sudi meluluskan projek terbabit serta merta bagi memastikan masalah banjir di Dun Kuala Besut dapat dikurangkan.