Home Berita PAS Terengganu

Kerajaan Rancang Beberapa Langkah Majukan Semula Hentian Bas MBKT

8
SHARE

KUALA TERENGGANU – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah merancang beberapa langkah serta tindakan bagi memajukan semula Hentian Bas MBKT.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, antaranya dengan membuat penyusunan semula peniaga serta menawarkan sewaan lot-lot perniagaan kepada perniagaan francais.

Selain itu katanya, mempelbagaikan jenis jualan termasuk waktu beroperasi serta membaikpulih fasiliti di kawasan tersebut.

“Antara langkah yang akan diambil dalam memajukan semula Hentian Bas MBKT adalah melalui strategi menyusun atur semula peniaga-peniaga dengan lebih bersistematik.

“Memberi sewaan kepada Sabasun, ECO Shop, Café Cofee/Premium 24 jam atau Family Mart bagi menarik minat kepada pengunjung.

“Memperluaskan jenis jualan perniagaan termasuk produk pelancongan Terengganu serta membaikpulih segala kerosakan seperti bumbung dan penyediaan pukat bagi menghalang burung-burung di tingkat atas serta pencahayaan,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Wakaf Mempelam) berkata demikian bagi menjawab soalan lisan ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamed dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Ahmad Shah bertanyakan soalan mengenai apakah pihak kerajaan negeri mempunyai rancangan membaik pulih Hentian Bas MBKT di dalam usaha untuk memajukan perniagaan di situ.

Selain itu katanya, bas pelancongan akan dibenarkan untuk masuk ke dalam terminal pada waktu-waktu biasa selain waktu puncak Bas Ekspress.

“Selain mengadakan usahasama antara peniaga dan agensi pelancongan bagi promosi kreatif melalui media social, facebook, tik tok atau media sosial yang lain,” ujarnya.

Mengulas lanjut katanya, pembaikian Hentian Bas MBKT telah dijalankan secara dalaman melalui kerja-kerja pembaikian dibuat oleh kakitangan MBKT.

“Kerja-kerja pembaikian ini telah dijalankan beberapa kali melibatkan pembaikian bahagian bumbung dan juga pencahayaan di hentian tersebut.

“Bagi tujuan jangkamasa panjang pihak MBKT telah memohon peruntukan bagi tujuan pembaikian hentian bas tersebut melalui Kerajaan Negeri dan juga pihak Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,” katanya.

Menurut Wan Sukairi, jenis-jenis kerosakan di Hentian Bas MBKT adalah kerosakan major pada bahagian bumbung jenis ‘Metal Roofing’ yang berkarat dan telah berusia melebihi 25 tahun sejak hentian tersebut dibina.

“Selain itu, rekabentuk hentian itu sendiri menyebabkan berlakunya tempias pada musim hujan menyebabkan
berlakunya kerosakan lain di hentian tersebut,” jelasnya.