Home Berita PAS Terengganu

TDM bayar RM1.4 Juta untung kepada LTAWNT

10
SHARE

KUALA TERENGGANU – TDM Berhad telah menyerahkan pembayaran perkongsian keuntungan sebanyak RM1,439,723 kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT).

Ia merupakan sebahagian daripada perjanjian bagi usahasama (JV) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (FY2023).

Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, perjanjian usahasama itu merupakan satu cara bagaimana kerjasama yang strategik dapat memaksimumkan potensi sektor perladangan kelapa sawit.

“Hasil yang diperolehi bukan sahaja membawa keuntungan kepada syarikat tetapi juga memberikan nilai tambah kepada pembangunan ekonomi tempatan khasnya kerajaan negeri.

“TDM akan terus berusaha untuk memastikan usahasama seperti ini memberikan manfaat menyeluruh kepada semua pihak,”ujarnya menerusi, suatu kenyataan, di sini, hari ini.

Cek pembayaran  berkenaan telah diserahkan secara rasmi kepada Setiausaha LTAWNT, Nor Azam A Rahman @ Yusof oleh Najman dalam majlis yang disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Nara Setia.

Selain itu, pembayaran itu juga menunjukkan prestasi kukuh TDM serta komitmen berterusan terhadap rakan-rakan kongsi strategik dalam memastikan nilai jangka panjang untuk para pemegang saham dan komuditi.