KUALA NERUS – Menyedia dan menyampaikan khidmat kepada masyarakat menjadi rutin setiap anggota sukarelawan pelbagai NGO di bawah payung ‘Kkhidmat Malaysia’ Terengganu.
Pengerusinya, YB Haji Hanafiah Mat berkata, lebih 9,000 petugas yang sudah diilatih secara professional dan ditarbiyah oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) siap siaga setiap tahun, menghadapi pelbagai bencana termasuk banjir yang dijamgka berlaku pada hujung tahun ini.
“Ini adalah suatu rutin yang setiap tahun kita akan lakukan tanpa dipaksa, tanpa letih kerana ia lahir dalam hati kita yang sudah ditarbiyah,
“Kita baru sahaja mengahadapi Monsun Barat Daya yang telah mengakibatkan kemusnahan dan kerosakan di beberapa tempat. Di Kemaman, sebanyak 544 buah rumah dan 3 buah sekolah telah mengalami kerosakan yang teruk.” ujarnya.
Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata demikian pada himpunan besar Khidmat Malaysia Terengganu pada Jumaat malam di KOMTAQ dekat sini.
Dalam pada itu, Exco kerajaan negeri itu mengakui pembayaran royalti petroleum yang kelancarannya oleh kerajaan Persekutuanakan menjejaskan penyaluran bantuan kepada rakyat.
“Di saat-saat kita memerintah masuk penggal yang kedua, kita dianiayai oleh Perdana Menteri. Dulu kita dapat royalti, hampir 1.5 billion, tetapi apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, dia sudah tidak membayar lagi terus kepada akaun negeri.”
“Walaupun Menteri Besar umum penggal ini akan masuk gear 3, tetapi Kerajaan Persekutuan sekat dengan tidak membayar royalti.”
“Semua projek-projek kecil sehingga projek besar, Kerajaan Pusat akan bayar terus kepada JPP dan JPP bayar kepada kontraktor. Semua tuntutan ribut dan banjir yang mungkin kita akan hadapi nanti, semua JPP yang akan bayar. Bukan melalui Kerajaan Negeri.” jelas beliau
Namun begitu beliau yakin, petugas dan sukarelawan Khidmat Malaysia dan NGO-NGO yang ada merupakan petugas yang mahir dan terlatih, yang akan meneruskan usaha mereka walau apa jua halangan mendatang.
“Semua petugas-petugas yang hadir pada malam ini adalah petugas yang sangat terlatih dan memahami ujian daripada Allah SWT,”
“Ramalan yang dibuat oleh Jabatan Metreologi dan JPS bahawa hujan yang belum turun dalam anggaran 1100 mm lagi. Jikalau hujan turun dalam 30-40 mm sehari, insya Allah tidak akan banjir tetapi seandaianya turun lebih dari 100 mm sehari akan membahayakan dan hujan turun paling banyak dalam bulan Disember.” tegasnya.