Home Berita PAS Terengganu

Walau dimamah usia, perjuangan tetap istiqomah

11
SHARE

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA NERUS – Walaupun telah dimamah usia dan tenaga semakin lemah, namun perjuangan untuk mendaulatkan Islam tetap istiqomah hingga hembusan nafas terakhir.

Pengerusi As-Sabiqun(Veteran PAS) Terengganu, Dato’ Mohd Abdul Wahid Endut juga menegaskan usia bukan penghalang untuk golongan tersebut bekerja dengan cara tersendiri.

“kerana tiada yang lama maka tidak akan ada yang baru,bekerjalah kita membantu orang muda dengan apa yang kita mampu” ujarnya di hadapan 400 orang wakil As-Sabiqat yang hadir daripada seluruh Terengganu.

Mantan ADUN Wakaf Mempelam itu berkata demikian ketika berucap di Majlis Himpunan As-Sabiqat Negeri Terengganu yang diadakan di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa(KOMTAQ), Kampung Batu Enam di sini pada sabtu 26 Oktober.

Program julung kali diadakan bertujuan untuk menghimpun veteran dan amilin Muslimat PAS yang menjangkau usia lebih 60 tahun.

Turut menghadiri himpunan yang julung-julung kali diadakan itu ialah Ketua As-Sabiqat PAS Malaysia, Ustazah Fatimah Ismail dan Ketua Muslimat PAS Terengganu Terengganu, To’ Puan Zarani Othman.

Sementara itu, Ustazah Fatimah atau lebih mesra di panggil Mak Tim berkata usia tua bukan penghalang untuk menyumbang tenaga kepada jemaah.

“Buatlah apapun yang sesuai dengan usia dan tenaga kita kerana semuanya akan di hitung oleh Allah S. W. T,

“Kita tidak mampu berkempen ,tidak larat berjalan tetapi kita mampu melontarkan zikir untuk kemenangan parti kita,janji kita istiqomah dalam usaha memenangkan PAS.” ujar beliau ketika berucap merasmikan program pada pagi itu.

Program yang berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan acara kemuncak penyampaian Tokoh As-Sabiqat mewakili lapan kawasan, semoga anugerah berkenaan akan menyuntik srmangat untuk terus kekal istiqomah hingga akhirnya.