Home Berita PAS Wilayah

Jabatan Pilihanraya PAS WP Perkemas Jentera, Siap Sedia Hadapi PRU-16

16
SHARE

Oleh : MUHAMAD ABDUL FATEH

KUALA LUMPUR, 27 Oktober – Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan (WP) memperkemas dan memperkukuhkan jentera pilihanraya di 13 kawasan parlimen sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Majlis perasmian yang berlangsung di ibu kota telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS WP, Ustaz Haji Azhar Yahya.

Dalam majlis itu, Ustaz Haji Azhar menekankan kepentingan kesediaan serta strategi yang rapi bagi memastikan setiap jentera mampu berfungsi dengan berkesan pada PRU-16 kelak. Ujarnya, PAS WP komited untuk bekerja keras demi memastikan gerak kerja pilihanraya berjalan lancar di semua kawasan yang terlibat.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS WP turut menyatakan bahawa seramai 210 orang jentera pilihanraya kini berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi cabaran pilihanraya yang akan datang. Dengan pelbagai program latihan serta kempen persiapan yang telah dijalankan, setiap ahli jentera diharapkan dapat memberikan sokongan terbaik dalam usaha memperkuat kedudukan parti.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran pimpinan PAS dari pelbagai kawasan parlimen Wilayah Persekutuan yang menunjukkan semangat kesatuan dalam persediaan menghadapi PRU-16.