Home Berita PAS Perak

Siasat tindakan provokasi | Kenyataan Media PAS Perak

347
SHARE

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ 𝐏𝐀𝐒 ππ„π‘π€πŠ
π’πˆπ€π’π€π“ π“πˆππƒπ€πŠπ€π ππ‘πŽπ•πŽπŠπ€π’πˆ
PAS Perak merujuk sambutan pesta Tanglung pada 13 September 2024 di Teluk Intan yang tersebar video baru baru ini. Sambutan tersebut di rasmikan oleh YB Nga Kor Ming Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga MP Teluk Intan. Apa yang mengejutkan dan mengecewakan ialah berkibarnya bendera negara China dalam sambutan di sekitar Menara Condong Teluk Intan. Program yang melibatkan Menteri Persekutuan dari DAP dilaporkan bertujuan mempromosikan perpaduan dan perlancongan setempat.
Negara ini di asaskan dengan penuh harmoni dan toleransi kaum untuk menjunjung perlembagaan. Sebarang tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan dan akta serta semangat perpaduan Nasional yang bertujuan menjunjung kedaulatan negara mestilah di ambil tindakan. Dalam video yang di sebarkan secara jelas terdapat beberapa kumpulan yang menyertai program tersebut mengibarkan bendera China yang langsung tiada kaitan dengan sambutan.
Apakah peserta yang mengibarkan bendera China tersebut warga China, atau mereka yang telah diberikan kerakyatan , ia satu tindakan melampau yang tidak setia kepada negara. Ia di promosi secara terbuka di hadapan rakyat berbilang bangsa yang berada di kawasan awam ketika itu.
Program tersebut anjuran sebuah Tokong dan di rasmikan oleh NGA Kor Ming Menteri Pusat dan turut di hadiri ADUN DAP mewakili Pasir Berdamar yang juga seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Program yang di hadiri oleh dua wakil kerajaan Pusat dan negeri boleh dianggap program rasmi kerajaan dan direstui oleh kerajaan. Ini telah memberi gambaran salah kepada rakyat berkaitan kedaulatan negara.
Tindakan seperti ini boleh dianggap sebagai satu tindakan provokasi yang mencabar kedaulatan dan keharmonian negara. Mengikut Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 (Akta 193) Seksyen 3 memperuntukan tiada seorang pun boleh mempamer mana-mana lambang Kebangsaan termasuk bendera negara Asing di tempat awam atau di sekolah.
PAS Perak mendesak satu siasatan dibuat terhadap peserta, penganjur termasuk Menteri dan exco yang hadir secara rasmi atas kapasiti mereka sebagai wakil kerajaan Persekutuan dan negeri. Sehingga hari ini tiada sebarang kekesalan atau permohonan maaf dari penganjur atau menteri dan exco terhadap kejadian mengibarkan bendera China dalam perarakan tersebut. Ia dilihat sebagai mencabar rakyat negara ini dan seakan mendapat restu dari ahli Parlimen dan Adun dari kerajaan.
β€œ πˆπ’π‹π€πŒ 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 ππ„ππ˜π„π‹π„π’π€πˆπ€π ”
𝐘𝐁 𝐇𝐉 π‘π€π™πŒπ€π 𝐁𝐈𝐍 π™π€πŠπ€π‘πˆπ€
ππ„π’π”π‘π”π‡π‰π€π˜π€ 𝐏𝐀𝐒 ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠ
πŸπŸ“ πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ’ / 𝟐𝟏 π‘π€ππˆπ”π‹π€πŠπ‡πˆπ‘ πŸπŸ’πŸ’πŸ”π‡