Home Kenyataan Media Presiden PAS

TAHNIAH BUAT YANG MULIA BAPAK PRABOWO SUBIANTO

3
SHARE


KENYATAAN MEDIA

TAHNIAH BUAT YANG MULIA BAPAK PRABOWO SUBIANTO

PAS merakamkan ucapan tahniah buat Yang Mulia Bapak Prabowo Subianto yang telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ke-8.

Tahniah juga kepada Gibran Rakabuming Raka selaku Naib Presiden Indonesia.

Didoakan agar Yang Mulia Prabowo Subianto kelak mampu memacu dan memimpin Republik Indonesia ke arah lebih baik dan berjaya dalam usaha untuk membina sebuah negara yang aman dan sejahtera.

Adalah menjadi harapan kelak agar hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Yang Mulia Prabowo Subianto sebagai Presiden Republik Indonesia, seterusnya mampu membuka dimensi dan keakraban baharu dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara demi manfaatkan serumpun mahupun serantau.

“ISLAM ADALAH PENYELESAIAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 20 Rabi’ al-Akhirah 1446H / 23 Oktober 2024